Selasa, 23 Julai 2013

sejarah seni silat gayong ma,arifat



Kitab Pusaka


Kata Aluan
Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah yang satu, selawat dan salam ke atas imam para muttaqin dan pemimpin kepada para mujahidin iaitu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga baginda serta orang yang mengikut baginda hingga hari akhirat.
Dengan kebesaran, kasih sayangMu,Ya Allah, aku mohon padaMu agar Kau hulurkan taufik dan hidayahMu, serta bimbinglah aku dalam usaha menyusun "Kitab Pusaka Gerak Laksamana" ini, semoga tidak menyeleweng dari kehendakMu Ya Allah.


Di dalam kitab ini terkandung amalan zikir (wirid) dan doa yang memberi manfaat kepada pengamalnya dunia dan akhirat.
Wahai murid-murid ustaz yang dikasihi, beramallah dengan tekun. Semoga kamu beroleh faedah dan terselamat dari bencana dunia dan akhirat.


Apabila beramal dengan "Kitab Pusaka Gerak Laksamana" ini, hendaklah kamu pelihara akhlak/ 7 pancaindera, baiki hubungan dengan Allah s.w.t.,/ hubungan dengan guru (khalifah)/ ibubapa/ manusia.Selalulah bersikap sabar/ sangka baik sesama makhlik/ jangan gopoh, banyak berfikir sebelum bertindak terhadap sesuatu.
Ya Allah, berkatilah usaha hambaMu ini yang kini menjadi kadamMu Ya Rabbi, Ya Rahman.


USTAZ AZAM AL-QADARIAH.


Pengasas
USTAZ AZAM
Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.
(Khalifah Perang Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia yang bergelar Dato' Panglima Besar Panji Alam)

Perhatian:-
Jika anda mengasihi guru anda, apabila membuka posting ini hadiahkan 1x Al-Fatihah kepadanya.



Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang Darul Makmur. Datuk sebelah ayah dan ibunya merupakan orang lama dalam alam persilatan dan moyang beliau Sultan Abdul Jalil yang berasal dari Sumatera merupakan orang kuat dalam dunia silat dan alam kerohanian. Mungkin kerana Takdir Allah S.W.T. atau memang kerana pertalian darah pendekar yang telah mengalir didalam tubuh pengasas Seni Silat Gayong Maarifat, membuatkan beliau tertarik hati untuk meneroka alam persilatan melayu dan dunia kerohanian sehinggalah beliau merasa bersedia untuk menerajui perguruan sendiri bagi mendidik anak bangsa melayu dan nusantara untuk mengenali dunia persilatan melayu.


Maka telah tercipta dalam sejarah persilatan melayu pada awal tahun 1990, lahirlah sebuah perguruan silat yang dinamakan "PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT" dan rasmilah Ustaz Shamsulazam bin Zulkifli atau dikenali dengan nama Ustaz Azam dilantik sebagai Khalifah Perang Seni Silat Gayong Maarifat dengan membawa gelaran DATO' PANGLIMA BESAR PANJI ALAM.


Sejarah
Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia telah diasaskan oleh Ustaz Azam pada awal tahun 1990-an di Bentong, Pahang Darul Makmur.

Seni Silat ini merupakan gabungan dua jenis aliran persilatan dari Sumatera dan Demak, Jawa Tengah yang dipelajari oleh Ustaz Azam sewaktu zaman mudanya. Aliran dua persilatan yang dielajari ini merupakan dua jenis silat tua di daerah masing-masing.

Oleh kerana silat ini banyak menggunakan kaedah kebatinan atau kerohanian dan tenaga dalam di samping konsep tawakkal kepada Allah yang sangat dititikberatkan oleh Ustaz Azam dalam setiap gerak silatnya, maka Ustaz Azam telah mendapat ilham untuk menamakan silat ini, Seni Silat Gayong Maarifat.

Gabungan seni silat dari Sumatera dan Demak, Jawa Tengah telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih, mendidik, mendisiplinkan murid, mendekatkan diri kepada Allah serta unik. Pegangan akidah ahli perguruan ini tidak lari dari fahaman ahli sunnah waljamaah dan mentauhidkan Allah.

Insya Allah anda akan diberkati Allah kerana menyertai Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.

Tujuan Dan Matlamat

1. Menghidupkan dan mengembangkan warisan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya di mata dunia.
2. Memupuk dan memelihara nilai-nilai kesenian persilatan dan budaya melayu yang bersesuaian.
3. Membanteras serta membasmi kepercayaan tahyul dan kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam.
4. Menanam sifat Berdikari, ketahanan mental dan kecergasan diri.
5. Mempertinggikan dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.

Sumber: Kitab Pusaka Gerak Laksamana: 2001


Tiada ulasan:

Catat Ulasan